Wajah wanita itu dipenuhi kedutan. Kulitnya berkerepot, kantong matanya sudah jatuh, tak ubah seperti nenek berusia 70 tahun.
Tangannya memegang sekeping foto. Ia gambar seorang wanita muda bergaun merah. Wajah wanita itu cantik, kulitnya tegang dan tersenyum riang.
Lantas di hadapan cermin, wanita itu pegang foto itu di sisi wajahnya. Berbeza. Bagaikan seorang nenek dengan cucunya!
"Dulu, aku cantik. Tapi sekarang.....ah!" wanita itu merintih.
Jika ditunjukkan pada orang siapa yang mahu percaya, foto wanita berbaju merah itu adalah dirinya. Tentu sukar untuk orang percaya usianya baru 26 tahun sedangkan wajahnya kelihatan seperti nenek 70 tahun!
Menangis! hanya itu yang mampu dilakukan wanita bernama Nguyen Thi Phuong dari Lembah Mekong, Vietnam ini sejak musibah mesteri melandanya pada tahun 2008. Ia bermula daripada kesan alergi makanan laut yang dihidapinya.
Oleh kerana kesempitan hidup, dia tidak mampu mendapatkan rawatan ke hospital. Suaminya, Thanh Tuyen, 33, hanya seorang tukang kayu.
Dia hanya mampu membelikan ubat tradisional dari kedai berhampiran rumah mereka untuk mengatasi masalah alergi si isteri. Sangka mereka, alergi itu akan hilang selepas minum ubat.
Sebaliknya, kulit Nguyen menjadi gatal-gatal dan timbul ruam kemerahan. Seksaan tidak berakhir di situ. Kulitnya mula mengerepot, meninggalkan kantung-kantung kosong dan berkedut bagai dimamah usia, sekali gus menarik 'usia muda' Nguyen dalam masa beberapa minggu sahaja, menjadikannya wanita tua yang 'hodoh'.
Bukan hanya wajah, tangannya juga dipenuhi kedutan. Perutnya yang dulu tegang kini juga mengendur, dipenuhi kesan lebihan kulit, tak ubah bagai wanita yang acap kali melahirkan anak.
Walaupun suara Nguyen merdu bak gadis remaja, tenaganya kuat bagai orang muda, tetapi rupa fizikalnya menafikan kudratnya sebagai wanita yang baru berusai 26 tahun.
Akibat terlalu malu dengan keadaan itu, pasangan ini berpindah tinggal di kawasan yang jauh terpencil. Nguyen terpaksa memakai 'topeng' waktu keluar rumah kerana malu wajahnya menjadi perhatian orang ramai.
Doktor? Tidak! Pasangan ini tidak mampu. Mereka terlalu miskin untuk ke hospital. Dengan pendapatan bulanan tidak sampai RM400, ia hanya cukup-cukup membayar sewa rumah dan mengisi perut mereka. Nguyen tak mahu susahkan suaminya. Dia tahu, kos rawatan doktor mahal.
Setiap hari tatkala memandang cermin, Nguyen hanya mampu menangis, meratapi kecantikanya yang diragut sebelum waktunya. Dan tiap kali itu juga, suami yang dikasihi akan memujuknya.
"Jangan menangis sayang..! Aku tetap mencintaimu," kata-kata itu sentiasa dituturkan Thanh bagi memberi kekuatan semangat buat si isteri.
Sekalipun wajah si isteri sudah berubah, kasih thanh tidak pernah surut.. Baginya, itulah wanita 'tercantik' yang dicintainya selama ini. Biarlah apa orang kata, kaish Thanh pada Nguyen tidak akan pernah berubah.
"Tidak kisah bagaimanaraut wajahmu. Aku tetap mencintaimu dari dahulu , kini dan selamanya," bisik Thanh kepada isterinya.
Dan kata-kata itulah menjadi nadi kekuatan Nguyen ketika ini buat melayari hidup. Lantas, foto dirinya berbaju merah yang diambil sewaktu hari pernikahannya pada tahun 2006 itu disimpan rapi, hanya sesekali ditatap bagi mengenang semula wajah asalnya jelita dan kulitnya yang tegang suatu ketika dulu.
Selepas hampir empat tahun wajahnya menjadi 'tua', Nguyen hanya menyepikan diri dan tidak pernah berjumpa doktor kerana kekangan kewangan.
Hanya baru-baru ini dia berani tampil keluar melalui media untuk memohon simpati bagi mendapatkan rawatan. Kata Nguyen kerana cinta si suami yang tidak pernah berubah walaupun setelah wajahnya jadi hodoh begitu, itulah yang menjadi kekuatannya untuk tampil ke depan.
Beberapa doktor pakar telah tampil untuk memberi bantuan. Kes Nguyen ibarat sindrom luar biasa yang mungkin sukar untuk dipulihkan.
Sindrom tersebut menyebabkan lapisan tisu dan lemak di bawah permukaan kulit menghilang. Lalu meninggalkan kantung-kantung kulit yang kosong.
Nguyen hanya menyepikan diri dan tidak pernah berjumpa doktor kerana kekangan kewangan.
Usianya baru 26 tahun sedangkan wajahnya kelihatan seperti nenek 70 tahun!
No comments:
Post a Comment