Tuesday 11 October 2016

WECHAT INDIAN GIRL

Alor Setar: Polis memburu seorang lelaki berusia 24 tahun yang melakukan seks dan memberi syabu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Ketua Polis Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, perbuatan suspek yang juga teman lelaki mangsa terbongkar selepas perbuatan mereka diketahui ibu kanak-kanak terbabit semalam sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk membuat pemeriksaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama sebelum ibunya tampil membuat laporan polis.
"Hasil siasatan kita mangsa mengenali suspek melalui aplikasi sembang WeChat sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu yang tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.
"Mereka juga sudah beberapa kali melakukan hubungan terlarang di sekitar daerah ini tanpa pengetahuan keluarga sambil mangsa mendakwa diberi dadah syabu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi.
Mohd Rozi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 2:41 PM

Gambar Sekadar Hiasan

Monday 10 October 2016

BANGLA DI MALAYSIA




Jika sebelum ini telah menjadi viral di laman sosial tentang gaji pekerja asing yang tinggi di Malaysia, semalam telah menjadi viral lagi kisah gaji pekerja asing yang tinggi ini.

Seorang lelaki semalam telah memuatnaik sekeping gambar yang mendakwa seorang pekerja asing warga Bangladesh menerima gaji RM5000 sebulan.


Gambar berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menyatakan seolah-olah orang tempatan dianaktirikan kerana gaji anak tempatan terlalu ramai rendah daripada gaji yang diterima pekerja asing berkenaan.

Namun, ramai juga yang bersetuju warga asing berkenaan diberi gaji sedemikian kerana setimpal dengan kerja yang dilakukannya.

Pendapat admin sendiri, admin setuju pekerja asing ini diberikan gaji seumpama ini, kenapa?

Dari pemerhatian, pekerja asing berkenaan hidupnya di Malaysia seolah-olah 'hidup untuk kerja', beliau memang bekerja dalam bidang yang mencabar untuk menerima gaji basic RM2,464 itu, perlu diketahui kalau orang tempatan menceburi bidang ini gaji basic lebih tinggi dari lelaki warga asing ini.


Namun kerana hidupnya di Malaysia hanya untuk bekerja, dia melakukan 'Normal OT' sebanyak 95 jam sebulan melayakkan dia mendapat gaji OT sebanyak RM1,995.

Selain itu, dilihat cuti mingguannya turut dikorbankan, pekerja asing ini melakukan 'Rest Day OT' sebanyak 41 jam sebulan membolehkan dia mendapat  RM1,148, dengan jumlah keseluruhan gaji bulanannya adalah RM5,607.


Memang berbaloi dengan kerja yang dilakukannya, memang mereka hidup untuk kerja, balik kerja lewat malam dan hari cuti mingguan pun bekerja.

Ada netizen yang menurunkan komen, pekerja tempatan malas, ini admin tidak bersetuju, kita tidak boleh samakan hal ini dengan pekerja asing.

Memang mungkin ada segelintir yang malas, sama juga dengan pekerja asing, ada juga segelinitr yang malas, tapi sebenarnya ramai juga pekerja tempatan yang rajin, tapi kenapa tidak boleh lakukan seperti pekerja asing ini?

Perlu diakui, pekerja tempatan bekerja di negara sendiri, tempat sendiri, mereka mempunyai banyak tanggungjawab terutamanya kepada keluarga, mak, ayah dan lain-lain. Jika pekerja tempatan buat apa yang pekerja asing ini buat, memang keluarga, makan pakai anak isteri akan terabai, maka akan kuranglah atau tiadalah waktu berkualiti dengan keluarga, mungkin akan merosakkan institusi keluarga yang dibina.

Lain pula dengan pekerja asing, mereka datang ke Malaysia tekad meninggalkan keluarga demi mencari rezeki kepada keluarga yang ditinggalkan, mereka tinggal di Malaysia memang semata-mata untuk kerja, tidak perlu fikir tanggungjawab mereka terhadap keluarga selepas waktu kerja kerana keluarga jauh.

Cukup bulan, gaji dapat mereka akan hantar pulang kepada keluarga, itulah kehidupan mereka di sini, cuma dalam hal ini, mereka memang mengorbankan hidup mereka untuk bekerja, mungkin bila dah cukup 'target' mereka akan pulang ke negara mereka.

Dalam hal ini tiada mana-mana pihak yang patut dipersalahkan, gaji yang mereka dapat adalah setimpal dengan kerja mereka yang tiada cuti, hidup di Malaysia hanya untuk kerja.

Cuma kepada syarikat-syarikat di Malaysia, jangan hanya semata-mata buka peluang pekerjaan kepada warga asing, berilah peluang kepada warga tempatan untuk bekerja, masih ramai yang tiada kerja diluar sana, kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi yang akan bantu warga kita. - Siakapkeli.my

**Apa yang ditulis adalah hanya pandangan Admin, kalau setuju atau berbeza boleh nyatakan di bawah.



MAKEUP PUN BOLEH JADI MUKA BERKEDUT ALA NENEK 70THN

 Wajah wanita itu dipenuhi kedutan. Kulitnya berkerepot, kantong matanya sudah jatuh, tak ubah seperti nenek berusia 70 tahun.
 Tangannya memegang sekeping foto. Ia gambar seorang wanita muda bergaun merah. Wajah wanita itu cantik, kulitnya tegang dan tersenyum riang.
 Lantas di hadapan cermin, wanita itu pegang foto itu di sisi wajahnya. Berbeza. Bagaikan seorang nenek dengan cucunya!
 "Dulu, aku cantik. Tapi sekarang.....ah!" wanita itu merintih.
 Jika ditunjukkan pada orang siapa yang mahu percaya, foto wanita berbaju merah itu adalah dirinya. Tentu sukar untuk orang percaya usianya baru 26 tahun sedangkan wajahnya kelihatan seperti nenek 70 tahun!
 Menangis! hanya itu yang mampu dilakukan wanita bernama Nguyen Thi Phuong dari Lembah Mekong, Vietnam ini sejak musibah mesteri melandanya pada tahun 2008. Ia bermula daripada kesan alergi makanan laut yang dihidapinya.
 Oleh kerana kesempitan hidup, dia tidak mampu mendapatkan rawatan ke hospital. Suaminya, Thanh Tuyen, 33, hanya seorang tukang kayu.
 Dia hanya mampu membelikan ubat tradisional dari kedai berhampiran rumah mereka untuk mengatasi masalah alergi si isteri. Sangka mereka, alergi itu akan hilang selepas minum ubat.
 Sebaliknya, kulit Nguyen menjadi gatal-gatal dan timbul ruam kemerahan. Seksaan tidak berakhir di situ. Kulitnya mula mengerepot, meninggalkan kantung-kantung kosong dan berkedut bagai dimamah usia, sekali gus menarik 'usia muda' Nguyen dalam masa beberapa minggu sahaja, menjadikannya wanita tua yang 'hodoh'.
 Bukan hanya wajah, tangannya juga dipenuhi kedutan. Perutnya yang dulu tegang kini juga mengendur, dipenuhi kesan lebihan kulit, tak ubah bagai wanita yang acap kali melahirkan anak.
 Walaupun suara Nguyen merdu bak gadis remaja, tenaganya kuat bagai orang muda, tetapi rupa fizikalnya menafikan kudratnya sebagai wanita yang baru berusai 26 tahun.
 Akibat terlalu malu dengan keadaan itu, pasangan ini berpindah tinggal di kawasan yang jauh terpencil. Nguyen terpaksa memakai 'topeng' waktu keluar rumah kerana malu wajahnya menjadi perhatian orang ramai.
 Doktor? Tidak! Pasangan ini tidak mampu. Mereka terlalu miskin untuk ke hospital. Dengan pendapatan bulanan tidak sampai RM400, ia hanya cukup-cukup membayar sewa rumah dan mengisi perut mereka. Nguyen tak mahu susahkan suaminya. Dia tahu, kos rawatan doktor mahal.
 Setiap hari tatkala memandang cermin, Nguyen hanya mampu menangis, meratapi kecantikanya yang diragut sebelum waktunya. Dan tiap kali itu juga, suami yang dikasihi akan memujuknya.
 "Jangan menangis sayang..! Aku tetap mencintaimu," kata-kata itu sentiasa dituturkan Thanh bagi memberi kekuatan semangat buat si isteri.
Sekalipun wajah si isteri sudah berubah, kasih thanh tidak pernah surut.. Baginya, itulah wanita 'tercantik' yang dicintainya selama ini. Biarlah apa orang kata, kaish Thanh pada Nguyen tidak akan pernah berubah.
 "Tidak kisah bagaimanaraut wajahmu. Aku tetap mencintaimu dari dahulu , kini dan selamanya," bisik Thanh kepada isterinya.
 Dan kata-kata itulah menjadi nadi kekuatan Nguyen ketika ini buat melayari hidup. Lantas, foto dirinya berbaju merah yang diambil sewaktu hari pernikahannya pada tahun 2006 itu disimpan rapi, hanya sesekali ditatap bagi mengenang semula wajah asalnya jelita dan kulitnya yang tegang suatu ketika dulu.
 Selepas hampir empat tahun wajahnya menjadi 'tua', Nguyen hanya menyepikan diri dan tidak pernah berjumpa doktor kerana kekangan kewangan.
 Hanya baru-baru ini dia berani tampil keluar melalui media untuk memohon simpati bagi mendapatkan rawatan. Kata Nguyen kerana cinta si suami yang tidak pernah berubah walaupun setelah wajahnya jadi hodoh begitu, itulah yang menjadi kekuatannya untuk tampil ke depan.
 Beberapa doktor pakar telah tampil untuk memberi bantuan. Kes Nguyen ibarat sindrom luar biasa yang mungkin sukar untuk dipulihkan.
 Sindrom tersebut menyebabkan lapisan  tisu dan lemak di bawah permukaan kulit menghilang. Lalu meninggalkan kantung-kantung kulit yang kosong.



Nguyen hanya menyepikan diri dan tidak pernah berjumpa doktor kerana kekangan kewangan.

Usianya baru 26 tahun sedangkan wajahnya kelihatan seperti nenek 70 tahun!